Posts

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018 250918

LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018 LATIHAN 1 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan  (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. [6 markah] (i) pulang Amir sering pulang ke rumah lewat kerana sibuk dengan aktiviti kelab. (ii) pulangan Seorang pengusaha mampu mendapatkan pulangan modal yang mencukupi jika dia bijak menyusun strategi penjualan produknya. (iii) memulangkan Pak Abu terkenal dengan sikapnya yang sering tidak memulangkan barangan yang dipinjamnya dari orang lain. (iv) mansuh Sejak tahun yang lalu, kami tidak lagi menyambut sambutan tersebut kerana ia telah mansuh. (v) pemansuhan Pemansuhan tol di lebuhraya itu telah menggalakkan lebih ramai pemandu menggunakan lebuhraya tersebut. (vi) memansuhkan...

LATIHAN RUMUSAN 100718

Soalan 1: Rumusan [ 30 markah ]  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang  faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik  dan  sebab-sebab penubuhannya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.       Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.       Kita percaya ba...

KUIZ 030718

(a) Bina ayat (i)  tunjuk - telunjuk - Kina sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan sekelasnya kerana dia merupakan seorang yang bijak dalam subjek matematik. - Jari telunjuk  Afi terluka semasa dia sedang memotong sayur tadi. (ii) guruh- gemuruh - Ramai kanak-kanak berasa takut dengan bunyi-bunyi yang kuat, seperti bunyi guruh . - Persembahan itu layak diberikan tepukan yang gemuruh kerana ia sangat menarik. (iii) kuncup- kemuncup - Bunga sejenis ini akan berkembang pada waktu siang, tetapi kuncup pada waktu malam. - Nani berjalan dengan berhati-hati di kawasan itu, kerana tidak mahu kemuncup terlekat pada kainnya. (b) Jenis ayat (i) Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini. - Ayat permintaan (ii) Jangan minum air yang terdedah itu. - Ayat larangan (iii) Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat. - Ayat silaan (iv) Fikirkanlah sebelum kamu bertindak. - Ayat suruhan (v) Jemputlah...

VIDEO LEFTENAN ADNAN

Selamat sejahtera, salam teroka cipta bitara. Ini merupakan satu pautan ke video pendek yang telah kami buat berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Kami ingin meminta maaf terlebih dahulu untuk apa-apa kesilapan dan ketidaktepatan, almaklumlah kami hanya pelajar sekolah menengah. Segala yang baik itu datang daripada Tuhan, segala yang buruk itu dari dirii kami sendiri.  Tontonilah video ini dengan hati yang terbuka ---  Leftenan Adnan 4K5 2018 Sekian, selamat bercuti!

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Cina semuaaaaaaaa Pada entri ini, telah dimasukkan contoh-contoh soalan berserta jawapan bagi bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa yang merupakan antara bahagian di dalam kertas soalan SPM yang paling senang dikelirui pelajar. Harap membantu! a. Contoh ayat bagi perkataan yang hampir sama i. melawat - Kami sekeluarga pergi ke Sungai Petani, Kedah untuk melawat saudara-mara yang tinggal di sana.     merawat - Tugas seorang doktor adalah untuk merawat orang yang sakit. ii. mengewap - Air akan mengewap apabila dididihkan.      menguap - Dani menguap di dalam kelas matematik kerana bosan. iii. mengelar - Aliah mengelar ikan tersebut sebelum menggorengnya.      menyelar - Janganlah menyelar orang lain sebelum menilai diri sendiri terlebih dahulu. b. Ayat pasif ke ayat aktif i. Tugas mengemaskinikan carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu telah kami laksanakan pada petang semalam. ...

KOMSAS TINGKATAN 5 - GELANGGANG (ONN MALINI)

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam teroka, cipta, bitara. Setelah kian lama blog ini diabaikan, akhirnya admin ada isi untuk dikongsikan bersama semua. Entri kali ini akan menyentuh bab komsas, khususnya sajak "Gelanggang" yang merupakan karya Onn Malini. Disini disertakan pautan ke presentation Prezi admin: Gelanggang - Onn Malini Sekian sahaja untuk entri kali ini, semoga kalian dapat memahami sedikit sebanyak tentang sajak ini!

SISTEM PANGGILAN SAPAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bagi entri kali ini saya akan kongsikan tentang sistem panggilan sapaan daripada Yang Agong sehinggalah ke panggilan rakyat biasa. SISTEM PANGGILAN SAPAAN Tujuan sistem panggilan diguna adalah sebab untuk menghormati setiap seorang rakyat Malaysia dan juga supaya tidak kelihatan biadap. Bahasa Malaysia mempunyai sistem-sistemnya yang tersendiri yang dikhaskan untuk panggilan yang sopan di antara satu sama lain. -Gelaran Pergaulan Bebas Gelaran pergaulan bebas ini biasanya digunakan dalam perbualan atau sapaan di antara orang umum di dalam masyarakat Malaysia. Contohnya seperti berikut:-  CIK (bagi perempuan), ENCIK (bagi lelaki) -Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja Gelaran pergaulan tak bersahaja merupakan pergaulan formal untuk digunakan dalam sesuatu majlis atau situasi yang juga formal. Contohnya seperti berikut:- TUAN, PUAN, ENCIK, CIK -Gelaran Kekeluargaan Gelaran kekeluargaan digunakan dalam keluar...