SISTEM PANGGILAN SAPAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bagi entri kali ini saya akan kongsikan tentang sistem panggilan sapaan daripada Yang Agong sehinggalah ke panggilan rakyat biasa.
SISTEM PANGGILAN SAPAAN
SISTEM PANGGILAN SAPAAN
- Tujuan sistem panggilan diguna adalah sebab untuk menghormati setiap seorang rakyat Malaysia dan juga supaya tidak kelihatan biadap. Bahasa Malaysia mempunyai sistem-sistemnya yang tersendiri yang dikhaskan untuk panggilan yang sopan di antara satu sama lain.
-Gelaran Pergaulan Bebas
Gelaran pergaulan bebas ini biasanya digunakan dalam perbualan atau sapaan di antara orang umum di dalam masyarakat Malaysia. Contohnya seperti berikut:-
CIK (bagi perempuan), ENCIK (bagi lelaki)
-Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja
Gelaran pergaulan tak bersahaja merupakan pergaulan formal untuk digunakan dalam sesuatu majlis atau situasi yang juga formal. Contohnya seperti berikut:-
TUAN, PUAN, ENCIK, CIK
-Gelaran Kekeluargaan
Gelaran kekeluargaan digunakan dalam keluarga berdasarkan pangkat dan ia bertujuan untuk menghormati antara satu sama lain. Contohnya seperti berikut:-
AYAH, IBU, ABANG, KAKAK
-Gelaran Warisan
Gelaran warisan ialah gelaran yang digunakan untuk mereka yang mempunyai keturunan raja-raja yang memerintah dari zaman dahulu hingga kini. Contohnya seperti berikut:-
TUNKU, TENGKU, SYEIKH, SHARIFAH
-Gelaran Kurniaan
Gelaran kurniaan merupakan gelaran atau panggilan yang dikurniakan kepada mereka yang telah menyumbang sesuatu kepada negara sekaligus telah mengharumkan negara. Contohnya seperti berikut:-
TUN, TOH PUAN, DATUK SERI, DATUK PADUKA
-Gabungan Gelaran
Gabungan gelaran ialah gabunga gelaran-gelaran yang bersesuaian mengikut pangkat dan kedudukan. Contohnya seperti berikut:-
PAK HAJI, TAN SRI PROF, MAK UNGKU
-Gelaran Keagamaan
Gelaran keagamaan diberi kepada mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam agama. Contohnya seperti berikut:-
HAJI, HAJJAH
Sekian sahaja untuk entri kali ini, terima kasih. :)
Comments
Post a Comment