ULASAN SUKAN DAN LARAS IKLAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam entri ini pula saya akan memberi beberapa contoh laras sukan dan juga akan menghuraikan laras iklan. Harap membantu!
CONTOH LARAS SUKAN
“Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.”
“Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi”
“Satu rembatan...ooo...terkena palang...sayang sekali...palang menjadi penghalang”
LARAS IKLAN
Ciri-ciri:-
-untuk menyampaikan maklumat berkesan
-pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan
-ayat ringkas dan pendek
-sifat bahasa - imaginatif dan kreatif
-menggunakan bahasa retorik
-tidak mementingkan tatabahasa
-disokong oleh gambar ilustratif untuk memikat pelanggan
Contoh laras iklan:-
"Tawaran istimewa, beli 2 percuma 1!"
"Minyak pelincir terunggul, melancarkan lagi enjin anda."
"Produk X direka khusus untuk anda yang inginkan tubuh yang langsing."
Minta maaf terhadap isi yang serba berkurangan, sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment