PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Cina semuaaaaaaaa

Pada entri ini, telah dimasukkan contoh-contoh soalan berserta jawapan bagi bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa yang merupakan antara bahagian di dalam kertas soalan SPM yang paling senang dikelirui pelajar. Harap membantu!



a. Contoh ayat bagi perkataan yang hampir sama

i. melawat
- Kami sekeluarga pergi ke Sungai Petani, Kedah untuk melawat saudara-mara yang tinggal di sana.

   merawat
- Tugas seorang doktor adalah untuk merawat orang yang sakit.

ii. mengewap
- Air akan mengewap apabila dididihkan.

    menguap
- Dani menguap di dalam kelas matematik kerana bosan.

iii. mengelar
- Aliah mengelar ikan tersebut sebelum menggorengnya.

     menyelar
- Janganlah menyelar orang lain sebelum menilai diri sendiri terlebih dahulu.


b. Ayat pasif ke ayat aktif

i. Tugas mengemaskinikan carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu telah kami laksanakan pada petang semalam.
Kami telah melaksanakan tugas mengemaskinikan carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam.

ii. Bimbingan awak sangat kami perlukan untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki.
- Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang disediakan menepati format yang dikehendaki.

iii. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini.
- Kementerian Peendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini.


c. Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

i. Penulis mengabadi kisah hidup beliau sebagai negarawan dalam sebuah baiografi.
- biografi
- mengabadikan

ii. Kualiti turapan jalan raya itu tidak penuhi speksifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.
- spesifikasi
- memenuhi

iii. Beberapa orang penjawat awam yang berprofail tinggi mengenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
- berprofil
- dikenal pasti


d. Kesalahan Istilah dan Tatabahasa

i. Kewujudan media sosial telah mencetuskan fenomena perang preskripsi dalam kalangan masyarakat masa kini.
perskripsi - persepsi
masa kini - masa ini / kini

ii. Senaman yang konsisten sambil teknik yang betul akan dapat mengatasi masalah hipotesis dan diabetes.
sambil - dengan
hipotesis - hipertensi

iii. Halia, pegaga dan serai adalah antara herbivor yang mempunyai perubatan nilai yang tinggi.
herbivor - herba
perubatan nilai -  nilai perubatan


e. Peribahasa

i. Status orang yang berjawatan tinggi tidak akan terjejas walaupun bergaul dengan orang bawahannya.
- Ular yang menyusur tidak akan hilang bisanya.

ii. Seseorang yang menanggug akibat daripada kesalajan yang dilakukan oleh orang lain.
- Lain bengkak, lain bernanah.

iii. Sesuatu adat dan budaya yang masih utuh dan sesuai diamalkan sepanjang masa.
- Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ULASAN SUKAN DAN LARAS IKLAN

KUIZ 030718