LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018 250918
LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 2018
LATIHAN 1
LATIHAN 2
LATIHAN 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas. [6 markah]
(i) pulang
Amir sering pulang ke rumah lewat kerana sibuk dengan aktiviti kelab.
(ii) pulangan
Seorang pengusaha mampu mendapatkan pulangan modal yang mencukupi jika dia bijak menyusun strategi penjualan produknya.
(iii) memulangkan
Pak Abu terkenal dengan sikapnya yang sering tidak memulangkan barangan yang dipinjamnya dari orang lain.
(iv) mansuh
Sejak tahun yang lalu, kami tidak lagi menyambut sambutan tersebut kerana ia telah mansuh.
(v) pemansuhan
Pemansuhan tol di lebuhraya itu telah menggalakkan lebih ramai pemandu menggunakan lebuhraya tersebut.
(vi) memansuhkan
Selepas perbincangan, pihak pentadbiran telah membuat keputusan untuk memansuhkan jawatan tersebut.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah. [6 markah]
Kumar : Daniel, kau nak ke mana?
Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap.
Kumar : Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel : Mana ada? Biasa aje.
Kumar : Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. [6 markah]
(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan
mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
meletak - meletakkan
pelangan - pelanggan
(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada
wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
akaun - perakaunan
tersuhur - tersohor
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk
mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam
industri cari gali minyak.
mendalamkan - mendalami
teknoloji - teknologi
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. [6 markah]
i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka
tidak terpengaruh dalam masalah sosial.
meluas - menyeluruh
ibu bapa awasi - diawasi oleh ibu bapa
(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para
remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.
merempuh - menempuh
di - pada
(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah
daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
pemberian - pendermaan
supaya - untuk
(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut. [6 markah]
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan
memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin
hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai
…………….(i)……………… Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan
rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)………………….
Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan
antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu
kejayaan mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….
(i) Bagai aur dengan tebing
(ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas. [6 markah]
(i) cakar
Hati-hati kerana cakar kucing amat memedihkan.
(ii) mencakar
Ibu memarahi adik kerana membawa masuk kucing liar ke dalam rumah kerana kucing itu telah mencakar sofa di ruang tamu.
(iii) bercakaran
Anis dan Dila bagaikan anjing dan kucing, kerana mereka sentiasa bercakaran.
(iv) bunyi
Tiada sebarang bunyi pun yang kedengaran pada malam yang sunyi itu.
(v) berbunyi
Telefon bimbit Alia telah berbunyi sewaktu kuliah sedang berlangsung, membawa perhatian semua orang kepadanya.
(vi) sebunyi
Haiwan unik itu hanya akan menyahut kepada seruan yang sebunyi dengannya.
(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah. [6 markah]
Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin
semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz
kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?”
“Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk
saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya
fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah,
saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada
Siti.
[6 markah]
Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam. Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam. Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga. Faiz menyatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya. Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut dengan tukang urut untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz bersetuju dan menjelaskan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada waktu petang nanti.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan
minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.
kriatif - kreatif
mentakrifkan - ditakrifkan
(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran
berkomunikasi secara interpersonel.
interpersonel - interpersonal
pembentukan - membentuk
(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama
dengan udang goring dan keropok lekor.
goring - goreng
menghasilkan - menghasilkan
(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula. [6 markah]
Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi
mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan
memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih.
Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan
bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran.
(i) sangat penting sekali - sangat penting
(ii) kekotoran - keracunan
(iii) Peralatan-peralatan - Peralatan
(iv) berkuantiti - berkualiti
(v) bukan - tidak
(vi) habis - luput
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
bersesuaian dalam petikan tersebut. [6 markah]
Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak
menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang
melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat
membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini
sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal
pada hari kemudian.
(i) Orang lain makan nangka, orang lain yang terkenan getahnya
(ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
(iii) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Comments
Post a Comment