LATIHAN RUMUSAN 100718
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri penting sesebuah negara penyayang.
(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang
Utusan Malaysia: Badan Bantu Pesakit Kronik, 30 Julai 2002)
JAWAPAN
Petikan ini membincangkan kelebihan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia.
Antara faedah-faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik ialah dapat membiayai rawatan segera. Pesakit kronik tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Orang ramai yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan. Bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif.
Antara sebab-sebab penubuhannya adalah untuk memudahkan huluran bantuan kepada pesakit kronik seterusnya memastikan bantuan yang adil diberikan kepada semua pesakit kronik.
Kesimpulannya, orang ramai harus bekerjasama dengan pihak yang berkenaan agar dapat membantu pesakit kronik di negara ini.
(120 patah perkataan)
Soalan 2 (a)
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggotanya yang daif.
[2 markah]
Maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggotanya yang arif ialah mempertahankan kebajikan amal mereka yang kurang berkeupayaan.
(ii) Bagaimanakah pesakit kronik memperoleh sumber kewangan untuk membiayai kos perubatan mereka?
[3 markah]
Pesakit kronik memperoleh sumber kewangan untuk membiayai perubatan mereka dengan cara meminta bantuan daripada individu tertentu atau dermawan tertentu. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak. Selain itu, badan kebajikan dan badan amal yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun orang ramai banyak memberi sumbangan kepada mereka.
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini?
[4 markah]
Pada pendapat saya, antara cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini ialah untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang dan untuk memakan makanan yang berkhasiat. Selain itu, masyarakat juga harus memastikan mereka mendapat masa rehat atau tidur yang mencukupi. Seterusnya, gaya hidup yang sihat juga perlu diamalkan dengan kerap beriadah. Akhir sekali, kempen kesedaran tentang bahayanya penyakit kronik wajar diadakan melalui pendidikan sekolah.
Comments
Post a Comment