KOMUNIKASI BERTULIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan tentang format,ciri-ciri dan laras bahasa yang digunakan dalam:-
  • SURAT KIRIMAN RASMI
  • TAKLIMAT
  • LAPORAN
  • MINIT MESYUARAT
  • BERITA


SURAT KIRIMAN RASMI

Format :
Alamat pengirim diletakkan di sudut atas sebelah kiri surat,Garis panjang melintang diletakkan selepas menulis lamat pengirim dibawahnya.Nama dan alamat penerima ditulis dibawah garisan tersebut.Tarikh ditulis pada bahagian kanan barisan akhir alamat penerima yang terakhir dan bulan mestilah ditulis huruf besar dan hujungnya mestilah bertanda noktah.

Ciri-ciri :
Formal dan ditulis untuk kepentingan umum

Laras bahasa :
Haruslah baku dan menggunakan ejaan dan tanda baca yang tepat.




TAKLIMAT

Format :
Dimulai dengan kata-kata aluan,kata-kata penghormatan kepada orang tertinggi dan terhormat,ditulis dalam perenggan dan mengandungi pendahuluan,isi dan penutup.


Ciri-ciri :
Formal ketika bercakap,menggunakan intonasi yang tegas dan berbentuk penjelasan.


Laras bahasa :
Jelas dan tepat.




LAPORAN

Format :
Tajuk laporan ditulis ditengah-tengah,huruf pertama setiap perkataan ditulis dalam huruf besar dan digaris tajuknya.Dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup dalam bentuk perenggan.Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.Nama pelapor ditulis di bawah tandatangan pelapor dalam huruf besar beserta kurungan berserta maklumat-maklumat lain di bawahnya.Tarikh ditulis di sebelah kanan sebaris dengan pengakuan pelapor dan bulan ditulis dalam huruf besar.

Ciri-ciri :
Formal dan tidak tersirat,mempunyai maklumat yang jelas,ditulis dalam perenggan dan selalunya diakhiri dengan harapan.

Laras bahasa :
Harus jelas dan mudah difahami.



MINIT MESYUARAT 

Format :
Tajuk ditulis dalam huruf besar besar ditengah-tengah dan mengandungi nama sekolah/persatuan/syarikat dan diikuti dengan tajuk.Kemudian tarikh,hari,masa dan tempat ditulis di bawah.Kehadiran ditulis seperti senarai dan turut hadir juga ditulis dalam bentuk senarai untuk orang-orang terhormat atau undangan khas.Senarai tetamu yang tidak hadir juga ditulis beserta alasan atau sebab.Kemudian ditulis agenda-agenda seperti kata-kata aluan,meluluskan minit mesyuarat yang lalu,perkara-perkara berbangkit,ganjaran istimewa dan hal-hal lain.Kemudian diteruskan dengan penutup yang terdiri dengan pengangguhan dan nama serta jawatan penyedia minit mesyuarat serta nama dan jawatan orang yang akan mengesahkan minit mesyuarat.

Ciri-ciri :
Satu rekod yang ditulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat.

Laras bahasa :
Ringkas,tepat dan padat.




BERITA

Format :
Nama tempat kejadian ditulis dalam huruf besar dan diikuti dengan koma,tarikh kejadian ditulis selepas nama tempat kejadian dan diikuti dengan tanda sempang dan diteruskan dengan isi berita.

Ciri-ciri :

Kejadian yang benar dan bukan direka-reka.
Laras bahasa :
Mudah difahami,tepat dan jelas.


Sekian sahaja untuk entri kali ini, jika ada kesilapan, harap dibetulkan!

Comments

  1. 12Bet | TAB | Welcome Offer | Free Bets | Bonus up to €300
    Visit happyluke 12Bet Casino to claim our welcome offer of €300 and £300 in free bets. Bet online with 12bet casino! Rating: 12bet 8/10 · ‎Review by Alex W · ‎Free · ラッキーニッキー ‎Sports

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ULASAN SUKAN DAN LARAS IKLAN

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

KUIZ 030718