KEUTUHAN WACANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ini, kita akan menyentuh bab keutuhan wacana pula!


KEUTUHAN WACANA

  • Tujuan sesuatu wacana itu ditetapkan oleh penulis atau pembicara eacana tersebut kerana dia mengetahui apa isi kandungan dan apa yang hendak disampaikan melalui aacana tersebut. Pembicara itu juga akan menetapkan format penulisan teks wacana tersebut.

  • Kesinambungan idea dalam keutuhan wacana pula membawa maksud di mana unsur-unsurnya boleh disusun atur berdasarkan tempat, waktu, sebab, akibat, keutamaan, san sebagainya. Maksud ayat-ayat tersebut haruslah mempunyai hubungan supaya ianya menjadi suatu ayat yang mempunyai koherens yang utuh, kesatuan makna.

  • Penggabungjalinan merupakan jalinan atau hubungan diantara ayat dan ayat, diantara klausa san klausa, dan sebagainya. Tanpa penggabung jalinan, ayat-ayat dalam suatu rencana atau karangan tidak akan mempunyai kaitan diantara satu sama lain.

  • Gaya bahasa pula adalah sesuatu yang membantu pembaca untuk memahami gaya tulisan yang ditulis dan cara bahasa itu digunakan.

  • Format penulisan teks dalam wacana pula merupakan jenis-jenis atau bentuk-bentuk teks wacana yang boleh ditulis, termasuklah dengan cara pemerian, penggambaran, pendedahan dan sebagainya.

Sekian sahaja daripada saya kali ini, sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

ULASAN SUKAN DAN LARAS IKLAN

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

KUIZ 030718