Posts

Showing posts from November, 2015

SISTEM PANGGILAN SAPAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bagi entri kali ini saya akan kongsikan tentang sistem panggilan sapaan daripada Yang Agong sehinggalah ke panggilan rakyat biasa. SISTEM PANGGILAN SAPAAN Tujuan sistem panggilan diguna adalah sebab untuk menghormati setiap seorang rakyat Malaysia dan juga supaya tidak kelihatan biadap. Bahasa Malaysia mempunyai sistem-sistemnya yang tersendiri yang dikhaskan untuk panggilan yang sopan di antara satu sama lain. -Gelaran Pergaulan Bebas Gelaran pergaulan bebas ini biasanya digunakan dalam perbualan atau sapaan di antara orang umum di dalam masyarakat Malaysia. Contohnya seperti berikut:-  CIK (bagi perempuan), ENCIK (bagi lelaki) -Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja Gelaran pergaulan tak bersahaja merupakan pergaulan formal untuk digunakan dalam sesuatu majlis atau situasi yang juga formal. Contohnya seperti berikut:- TUAN, PUAN, ENCIK, CIK -Gelaran Kekeluargaan Gelaran kekeluargaan digunakan dalam keluar...

KEUTUHAN WACANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kali ini, kita akan menyentuh bab keutuhan wacana pula! KEUTUHAN WACANA Tujuan sesuatu wacana itu ditetapkan oleh penulis atau pembicara eacana tersebut kerana dia mengetahui apa isi kandungan dan apa yang hendak disampaikan melalui aacana tersebut. Pembicara itu juga akan menetapkan format penulisan teks wacana tersebut. Kesinambungan idea dalam keutuhan wacana pula membawa maksud di mana unsur-unsurnya boleh disusun atur berdasarkan tempat, waktu, sebab, akibat, keutamaan, san sebagainya. Maksud ayat-ayat tersebut haruslah mempunyai hubungan supaya ianya menjadi suatu ayat yang mempunyai koherens yang utuh, kesatuan makna. Penggabungjalinan merupakan jalinan atau hubungan diantara ayat dan ayat, diantara klausa san klausa, dan sebagainya. Tanpa penggabung jalinan, ayat-ayat dalam suatu rencana atau karangan tidak akan mempunyai kaitan diantara satu sama lain. Gaya bahasa pula adalah sesuatu yang membantu pembaca u...

KOMUNIKASI BERTULIS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan tentang format,ciri-ciri dan laras bahasa yang digunakan dalam:- SURAT KIRIMAN RASMI TAKLIMAT LAPORAN MINIT MESYUARAT BERITA SURAT KIRIMAN RASMI Format : Alamat pengirim diletakkan di sudut atas sebelah kiri surat,Garis panjang melintang diletakkan selepas menulis lamat pengirim dibawahnya.Nama dan alamat penerima ditulis dibawah garisan tersebut.Tarikh ditulis pada bahagian kanan barisan akhir alamat penerima yang terakhir dan bulan mestilah ditulis huruf besar dan hujungnya mestilah bertanda noktah. Ciri-ciri : Formal dan ditulis untuk kepentingan umum Laras bahasa : Haruslah baku dan menggunakan ejaan dan tanda baca yang tepat. TAKLIMAT Format : Dimulai dengan kata-kata aluan,kata-kata penghormatan kepada orang tertinggi dan terhormat,ditulis dalam perenggan dan mengandungi pendahuluan,isi dan penutup. Ciri-ciri : Formal ketika bercakap,menggunakan intonasi yang tegas dan berbentuk pe...

LARAS BAHASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam entri ini saya akan memberikan beberapa contoh untuk laras-laras berikut, kerana memang ramai yang ingin mencarinya. Harap membantu!  a) laras bahasa matematik: -pecahan -tambah -tolak -bahagi -algebra -bentuk -sudut -panjang -jumlah -darab b) laras bahasa sains: -enzim -alkali -asid -cecair -diramalkan -virus -bakteria -sel -saraf -konklusi c) laras bahasa agama: -wahyu -rezeki -rahmat -keampunan -syurga -neraka -azab -malaikat -tuhan -nabi d) laras bahasa sastera: -kiasan -ungkapan -bahasa figuratif -unsur-unsur stilistik -struktur sintaksis -morfologi -klimaks -protagonis -antagonis -perbendaharaan e) laras bahasa seni: -gayaan -rekaan -bentuk -warna -jalinan -rupa -garisan -abstrak -kontra -imbangan -irama Sekian sahaja daripada saya, semoga bertemu kembali!