Posts

Showing posts from July, 2018

LATIHAN RUMUSAN 100718

Soalan 1: Rumusan [ 30 markah ]  Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang  faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik  dan  sebab-sebab penubuhannya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.       Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.       Kita percaya ba...

KUIZ 030718

(a) Bina ayat (i)  tunjuk - telunjuk - Kina sering memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan sekelasnya kerana dia merupakan seorang yang bijak dalam subjek matematik. - Jari telunjuk  Afi terluka semasa dia sedang memotong sayur tadi. (ii) guruh- gemuruh - Ramai kanak-kanak berasa takut dengan bunyi-bunyi yang kuat, seperti bunyi guruh . - Persembahan itu layak diberikan tepukan yang gemuruh kerana ia sangat menarik. (iii) kuncup- kemuncup - Bunga sejenis ini akan berkembang pada waktu siang, tetapi kuncup pada waktu malam. - Nani berjalan dengan berhati-hati di kawasan itu, kerana tidak mahu kemuncup terlekat pada kainnya. (b) Jenis ayat (i) Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini. - Ayat permintaan (ii) Jangan minum air yang terdedah itu. - Ayat larangan (iii) Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat. - Ayat silaan (iv) Fikirkanlah sebelum kamu bertindak. - Ayat suruhan (v) Jemputlah...