Posts

Showing posts from February, 2018

VIDEO LEFTENAN ADNAN

Selamat sejahtera, salam teroka cipta bitara. Ini merupakan satu pautan ke video pendek yang telah kami buat berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib. Kami ingin meminta maaf terlebih dahulu untuk apa-apa kesilapan dan ketidaktepatan, almaklumlah kami hanya pelajar sekolah menengah. Segala yang baik itu datang daripada Tuhan, segala yang buruk itu dari dirii kami sendiri.  Tontonilah video ini dengan hati yang terbuka ---  Leftenan Adnan 4K5 2018 Sekian, selamat bercuti!

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Assalamualaikum dan salam Tahun Baru Cina semuaaaaaaaa Pada entri ini, telah dimasukkan contoh-contoh soalan berserta jawapan bagi bahagian Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa yang merupakan antara bahagian di dalam kertas soalan SPM yang paling senang dikelirui pelajar. Harap membantu! a. Contoh ayat bagi perkataan yang hampir sama i. melawat - Kami sekeluarga pergi ke Sungai Petani, Kedah untuk melawat saudara-mara yang tinggal di sana.     merawat - Tugas seorang doktor adalah untuk merawat orang yang sakit. ii. mengewap - Air akan mengewap apabila dididihkan.      menguap - Dani menguap di dalam kelas matematik kerana bosan. iii. mengelar - Aliah mengelar ikan tersebut sebelum menggorengnya.      menyelar - Janganlah menyelar orang lain sebelum menilai diri sendiri terlebih dahulu. b. Ayat pasif ke ayat aktif i. Tugas mengemaskinikan carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu telah kami laksanakan pada petang semalam. ...