Posts

Showing posts from October, 2015

ULASAN SUKAN DAN LARAS IKLAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam entri ini pula saya akan memberi beberapa contoh laras sukan dan juga akan menghuraikan laras iklan. Harap membantu! CONTOH LARAS SUKAN “Bola masuk saya rasa, oh tidak, tidak, tidak. Maafkan saya saudara.” “Nampaknya telah kelihatan bunga-bunga kekasaran dalam padang ketika ini, kita harapkan pemain dapat mengawal emosi” “Satu rembatan...ooo...terkena palang...sayang sekali...palang menjadi penghalang” LARAS IKLAN             Ciri-ciri:- -untuk menyampaikan maklumat berkesan -pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan -ayat ringkas dan pendek -sifat bahasa - imaginatif dan kreatif -menggunakan bahasa retorik -tidak mementingkan tatabahasa -disokong oleh gambar ilustratif untuk memikat pelanggan             Contoh laras iklan:- "Tawaran istimewa, beli 2 percuma 1!" "Minyak pelincir terunggul, melancarkan lagi enjin and...

PENANDA WACANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Dalam entri ini saya akan kongsikan satu rencana yang dihasilkan oleh Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim yang bertajuk "Memartabatkan Bahasa Melayu Melalui Penterjermahan Sari Kata" dan seterusnya menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam rencana tersebut. Usaha penterjemahan sari kata di Malaysia pasti menyumbang kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu di peringkat nasional, serantau dan global. Selari dengan kemajuan bidang penyiaran negara masa kini, perkembangan aktiviti penyarikataan negara mengangkat bahasa Melayu bagi mendukung pelbagai disiplin ilmu termasuklah undang-undang, perubatan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang ilmiah penting yang menunjangi kemajuan bahasa di pentas global. Hakikatnya, menonton filem berlainan bahasa melibatkan pelbagai aksi yang berlainan, iaitu kita mendengar dalam bahasa yang lain dan pada masa yang sama, kita membaca (sari kata) dalam bahasa sendiri. Secara konsepnya, pen...